MELAKA, 1 Julai 2026 — Delegasi Majlis Senator Malaysia diketuai oleh Presiden, YBhg. Dato’ Sri (Dr.) Khairudin Samad telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Pertemuan institusi yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah pada hari ini bertujuan untuk mempererat hubungan dua hala di samping menjadi medium penting dalam bertukar-tukar pandangan. Melalui platform ini, Majlis Senator Malaysia turut mengambil peluang berkongsi status dan maklumat terkini mengenai pelaksanaan program-program semasa yang sedang dijalankan oleh persatuan.
Selain daripada bertukar pandangan, objektif utama lawatan ini adalah bagi memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam mendokong usaha-usaha pembangunan negara. Kunjungan ini juga amat signifikan dalam memperteguh peranan Dewan Negara sebagai institusi perundangan tertinggi serta memastikan aspirasi dan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan.
Di akhir sesi lawatan, pihak Majlis Senator Malaysia merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun atas kesudian menerima delegasi, layanan hospitaliti yang amat baik, serta perkongsian pandangan yang sangat berharga sepanjang pertemuan tersebut.
Diharapkan ikatan ukhuwah serta kerjasama yang terjalin antara Majlis Senator Malaysia dan institusi Yang di-Pertua Negeri Melaka akan terus utuh, sekali gus memberikan impak yang positif kepada kemakmuran negara serta kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.