KUALA LUMPUR, 11 Feb 2026 — Telah berlangsung Mesyuarat Ahli Eksekutif Majlis Senator Malaysia (MSM) bertempat di Bangunan Parlimen Malaysia, hari ini.
Mesyuarat penting ini telah dipengerusikan oleh Presiden Majlis Senator Malaysia, YBhg. Dato' Sri (Dr.) Khairudin Samad, serta dihadiri oleh barisan ahli eksekutif persatuan bagi membincangkan hal hala tuju strategik, perancangan program tahunan, serta pemerkasaan fungsi Majlis Senator dalam mendukung sistem perundangan negara.
Antara fokus utama agenda yang dibincangkan termasuklah:
- Perancangan Program Strategik: Merangka siri program dan aktiviti pengisian sepanjang tahun 2026 untuk mengukuhkan peranan ahli-ahli Dewan Negara.
- Kebajikan & Fungsi Ahli: Memperhalusi gerak kerja bagi memastikan suara dan aspirasi ahli-ahli Senator dapat disalurkan dengan lebih berkesan demi kepentingan rakyat.
- Sinergi Institusi: Memperteguh komitmen Majlis Senator sebagai wadah yang menyokong agenda tadbir urus terbaik dan pembangunan negara.
Pihak Majlis Senator Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Eksekutif yang hadir atas sumbangan idea, pandangan bernas, serta komitmen yang berterusan dalam memacu kecemerlangan persatuan.
Semoga segala keputusan dan resolusi yang dicapai dalam mesyuarat ini dapat diterjemahkan ke arah impak yang positif buat institusi Parlimen dan negara.